UJIAN PENGAKAP RAJA


UJIAN-UJIAN PENGAKAP RAJA

1. PETI PERTOLONGAN CEMAS
2. BUKU LOG PERIBADI DAN UJIAN SIKAP
3. KRAFTANGAN
4. TARAF PERKHEMAHAN
5. PERTOLONGAN CEMAS
6. SIMPULAN DAN IKATAN
7. TEORI
8. RAMBU PENGAKAP RAJA
9. SAMBAT MATA DAN SAMBAT BALIK
10. KAWAT TONGKAT
11. BACKWOOD’S ( NASI GORENG )
12. UJIAN LISAN DAN TEMUDUGA
13. TARIAN TRADISIONAL


SYARAT LULUS UJIAN


  • Telah mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf dalam jumlah markah keseluruhan Kem Pentarafan (Dasar markah lulus ialah 70%)
  • Mempunyai taraf yang tinggi bagi ujian taraf perkhemahan.
  • Gagal tidak lebih daripada 3 ujian.
  • Melakukan kesalahan melanggar peraturan kem / disiplin tidak melebihi 5 item.
  • Memenuhi syarat keperluan barang/ bahan yang tersenarai sebab terlupa bawa dianggap tidak memenuhi syarat-syarat Lembaga Pentaraf.

Syarat peserta:
Tentukan anda:
1. Telah berdaftar dan menjelaskan yuran keahlian tahunan.
2. Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
3. Bertubuh badan sihat.
4. Dapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
5. Mempunyai rekod perkhidmatan tidak kurang 24 jam.


PERSEDIAAN:
1. Lengkapkan borang PPM(PR) – gambar hendaklah ditampal dengan baik.
2. Sediakan segala alatan untuk gejet seperti buluh, tali, dan sebagainya


Gejet-gejet yang perlu :
1. Dapur pelantar
2. Pintu gerbang
3. Meja makan
4. Pagar
5. Rak barang-barang
6. Papan kenyataan
7. Tiang bendera
8. Penyidai kain
9. Rak kasut
10. Rak alatan
11. 5 gejet tambahan

  • Sediakan tali guni atau tali yang sesuai untuk iakatan dan gejet. Tali rafia tidak dibenarkan.

  • Untuk ujian kebudayaan, sediakan pakaian dan muzik sendiri. Pilih salah satu daripada tarian inang, zapin, joget, dan dabus.

  • Sediakan bahan dan alat keperluan untuk masakan backwoods.

Bawa bersama alatan dan kelengkapan berikut:i. Khemah ( Tempat tidur sendiri)
ii. Baju hujan
iii. Pakaian ibadat dan mandi serta pakaian secukupnya.
iv. Peti ubat yang lengkap dengan ubat
v. 3 Pembalut tiga segi ( anduh )
vi. Bekalan makanan sepanjang 3 hari
vii. Lampu
viii. Alatan memasak , kayu api, bahanapi dan lain-lain.
ix. Alatan untuk membuat gejet dan tapak seperti parang, kapak, gergaji dll.
x. Alatan tulis menulis : pen, pensel, pensel warna, pemadam dsbnya.
xi. Belerang
xii. Sediakan kayu tongkat untuk ujian kawat tongkat.

KE ARAH PENGAKAP RAJA



TUGAS PENTARAF PENGAKAP RAJA

  • Memberi taklimat dan menyelia
    Semua pemimpin serta penguji lencana di dalam daerah Persekutuan Pengakap Malaysia di mana ia dilantik mengetahui darjah yang dikehendaki bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja serta Anugerah Pengakap Raja.

  • Meneliti dan mengkaji bahawa pemohon Sijil Pengakap Raja mempuyai darjah yang tinggi bagi lencana-lencana yang diperolehi serta mahir , mempunyai sikap untuk menambah pengetahuannya. Ini dilakukan dalam perkhemahan pentarafan
  • Meneliti segala peraturan untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja dipatuhi oleh pemohon. lAdalah perlu diperiksa dan memastikan bahawa lencana-lencana untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja diambil selepas umurnya 15 tahun keatas dan sebelum 18 ½ tahun. Sijil kelahiran dan kad pengenalan perlu disemak.

  • Hendaklah memastikan bahawa Pengakap Remaja itu bersedia dengan sukarelanya akan menyumbangkan perkhidmatannya kepada orang ramai dan sentiasa mengambil peluang untuk melakukannya

  • lWalau seberapa cergas dan tinggi kebolehan seorang Pengakap, ia tidak akan memberi faedah kepada dirinya, masyarakat, dan negara jika ia tidak diamalkan dengan jujur dan ikhlas. Pentaraf sebelum meluluskan seseorang Pengakap Raja mestilah memastikan bahawa Pengakap tersebut mengamalkan dan patuh kepada Rukun Negara, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

  • ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB BAGI PENTARAF MENGAWASI BAHAWA PENGAKAP RAJA KITA ITU IALAH PENGAKAP RAJA YANG MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI, SEPADAN DENGAN NAMA PENGAKAP RAJA

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA


  • TUJUAN
Menyelaras ujian dengan lebih baik dan berkesan
- Mendapat pelajaran dan pengalaman yang sama dan tidak ada percanggahan
- Lulus dengan cara adil dan saksama dan sesuai .
- Semua peringkat ujian yang dijalankan tidak berlaku diskriminasi.

Mengetahui darjah yang ditetapkan

- Sesuaikan ujian bagi peringkat umur kebolehan dan keupayaan
- Perkara ini perlu dilakukan kerana ia melibatkan dua keadaan iaitu yang biasa dan yang cacat anggota

Meneliti sukatan Pentarafan
- Seorang Pentaraf yang akan menguji mesti mahir tentang Sukatan Pelajaran Pengakap
- Pentaraf mestilah meneliti bahawa peserta mengambil ujian mengikut sukatan pelajaran Pengakap.
- Sekiranya berlaku sebarang kemuskilan, Pentaraf dapat mengatasinya dalam masa yang singkat.

Mengkaji dengan teliti
- Kajian perlu dibuat untuk memastikan bahawa seorang calon itu layak menerima anugerah Pengakap Raja dengan mutu yang tinggi.
- Melatih peserta supaya menjadi seorang yang kreatif

Mengkaji latar belakang calon
- Dalam hal ini peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari



Keistimewaan
- Peserta adalah serba boleh walau apa jua perkara yang dihadapi


Perkhidmatan untuk diri, masyarakat dan negara
- Mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan juga negara. Sebagai contoh seorang pengakap patuh kepada undang-undang pengakap

PETA

PETA