PANDUAN UNTUK AHLI


IKHTIAR HIDUP

1.1 Istilah Ikhtiar Hidup

Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive, the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Menurut buku Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Menurut Wikipedia; Survival Skills adalah kemahiran yang dapat membantu seseorang mengharungi keadaan merbahaya (seperti ribut petir atau gempa bumi); atau dalam kawasan merbahaya (seperti di gurun, kawasan pergunungan dan di dalam hutan rimba). Kita seharusnya bersikap selalu mengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah melakukan sesuatu yang perlu dilakukan untuk meneruskan hidup dan mati itu bukanlah satu pilihan.

1.2. Situasi

Situasi yang mungkin berlaku ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman hidupan liar, masalah perlindungan dan sebagainya. Cara mengatasinya adalah dengan melakukan perancangan atau persediaan dari segi mental, fizikal, teknikal dan material. Di dalam situasi ikhtiar hidup berfikir secara bijak bermakna anda membuat keputusan yang tepat dan jangan berputus asa.
1.3. Kepentingan
Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup merupakan satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam kegiatan luar. Ini disebabkan mereka ini terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko yang tidak menentu.
Petua-petua ( Survivor ) sesat di dalam hutan

Apa perlu dibuat?Anda sesat di hutan,
Bila agaknya anda menyedari anda telah sesat?
Jangan panik.
Berehat sebentar dan
tenangkan fikiran,
jangan risau
mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat.
Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad. Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak. Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak.

Bermalam di hutan. Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber air. Sebaiknya jangan bermalan di gigi air kerana dikhuatiri binatang lair/buas mencari air untuk minum ataupun ular yang menyusur air akan mendatangkan masalah. Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau serangga bebisa dan tempat yang licin.Pilihan yang lain adalah dengan membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurang-kurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. Apapun yang paling penting adalah cubaan untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan memanaskan diri semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari menghampiri anda…

Alternatif mendapatkan sumber air. Kebanyakan akar kayu (lianas, lundang, mempelas), pokok mentanggor mengadungi kandungan air yang banyak. Potong menyerong dan pisahkan terus dari akar yg lain. Air dari akar kayu ygan boleh diminum biasanya tiada warna, cair dan tidak berbau. Selain dari akar, sumber air boleh didapati dari rotan, buluh, periuk kera dan lumut, bunga tepus. Dalam keadaan DARURAT, mana-mana air yang tidak beracun boleh diminum termasuklan peluh….

Hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan/buah-buahan yg boleh dimakan dari akar hinggalah ke pucuk. Cara yang paling mudah memastikan sama ada ianya selamat dimakan dengan 3 langkah iaitu: HIDU, SAPU dan KUNYAH! Hidu sebahagian dari tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakan dari memakannya kerana mungkin beracun. Sekiranya ia tidak berbau keras/busuk, ambik sedikit air/getah dari bahagian yang dihancurkan dan gosok pada lengan, tunggu 10-15 minit. Jika terasa panas/gatal-gatal jauhi dari tumbuhan ini mungkin beracun dan bahaya dimakan! Kunyah tumbuhan tersebut selama 5-10 minit, jika terasa gatal/panas dlm mulut/berasa loya…luahkanlah kerana dikuatiri beracun. Kebiasannya pokok yang bergetah adalah beracun dan boleh memabukkan.

Selain dari tmbuhan, serangga juga boleh dimakan seperti anai2, belalang, cengkerik dan ulat kayu. Elakan memakan serangga berbisa - tebuan, lipan dan lebah.

Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah berhampiran sungai di mana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis, terung pipit, kacip fatimah dll.

Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental, toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak. Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.

SUMBER BEKALAN AIR

Sumber bekalan air ketika berada di dalam hutan Sungai, tasik dan mata air merupakan punca air yang utama untuk mendapatkan keperluan air untuk minuman. Di dalam situasi di mana punca- punca air tidak ditemuai, kaedah berikut boleh digunakan.

Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar yang boleh diminum mempunyai cirri-ciri air yang jernih, cair dan tidak berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong ke bawah dan pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Sebaiknya pankas bahagian perdu dahulu kemudian diikuti bahagian hujung. Air akan menitis melalui akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah ( Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek )

Rotan
Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum. Walaubagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah memotong akar.

Buluh
Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong bahagian pangkal buluh di mana bahagian ini banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam air yang hendak diminum. Teliti pada pokok buluh yang telah pecah atau berlubang. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa buluh tersebut mengandungi air yang terkumpul. Kebiasaannya pokok buluh yang sempurna tidak mengandungi air. Air yang terdapat pada tungul-tungul buluh ini sering terdapat jejentik. Hati-hati... buat pilihan.. untuk hilang dahaga atau hendak dijangkiti colera (malaria).

Batang Pokok Pisang
Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut. Air permulaanyang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga.

Tumbuhan Periuk Kera
Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka.

Lumut
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air dititiskan terus ke dalam mulut atau bekas yang tertentu.

Air Hujan
Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas.

Air Embun
Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara menjilatnya.

Ikan
Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan untuk mendapatkan airnya.

Peluh dan Air Kencing
Dalam keadaan kritikal, sekiranya ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing juga boleh diminum.Tetapi ia tidak boleh diambil dengan banyak kerana mempunyai kandungan urea yang tinggi.

KERACUNAN MAKANAN

Kepada ahli pengakap yang ingin menjalankan aktiviti luar, diharapkan blog ini dapat memberi sedikit informasi mengenai keracunan makanan. Beringat-ingat sebelum kena, kecelakaan boleh membawa padah..
Pusat Racun NegaraKita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan.
Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.
Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.
Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya:
rasa mual,
muntah,
cirit- birit,
pening-pening serta gangguan perut.

Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
• Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
• Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
• Roti dan kuih-muih
• Makanan laut seperti kerang
• Daging- lembu, ayam, ikan
• Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
• Makanan mentah
• Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
• Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
• Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
• Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
• Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
• Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
• Makanan tidak disimpan segera

Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:

Keracunan oleh bakteria• Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur.
Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.

Toksin
• Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin.
Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih.

• Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus.
Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.

• Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar.
Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.

• Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur.
Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi.

• Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes.
Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut.
Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.

• Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.

• Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.

• Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku.
Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.

Keracunan berpunca dari virus• Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna.

Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut.

• Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia.
Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna.

Keracunan berpunca dari protozoa• Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.

• Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica.
Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia.
Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.

Punca-punca lain keracunan
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.
Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.

Cara terbaik mengelak keracunan
JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur. Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.

1. Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.

2. Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.

3. Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.

4. Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.

5. Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.

6. Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.

7. Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.

8. Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.

9. Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.

10. Panaskan semula makanan dengan teliti.
Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.


Sesiapa yang ingin mendapatkan naskah percuma buletin dari Pusat Racun Negara, hantarkan sampul surat (6"x9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden P.Pinang.

Pengetahuan Perkhemahan

Apakah asas dan motif suatu perkhemahan diadakan?
- Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
- Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
- Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
- Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem pertauliahan.

Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah?Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:
- Tiang rangka
- Pancang
- Flysheet
- Khemah
- Beg khemah
- Tali

Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan?Antara syarat-syarat penting adalah:
- Bentuk muka bumi dan salirannya
- Jenis tanah
- Iklim semulajadi
- Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)
- Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
- Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

Ikthiar Hidup
Takrifan Ikhtiar Hidup:
"USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING"

Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup1. Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
2. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)
3. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
4. Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
5. Garam - gantikan mineral badan yang hilang


Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test)
• CIUM @ HIDU
Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.

• GATAL KULIT
Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

• BIBIR, LIDAH, MULUT
Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.

• MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.
Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:
- Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
- Takut kepada ancaman hidupan liar
- Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
- Takut kepada persekitaran itu sendiri
- Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui(makhluk halus, jin, hantu dll)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:- Berdoa kepada Tuhan
- Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:
- Air
- Rehat
- Perlindungan
- Makanan
- Kecergasan
- Psikologi, mental
- Penjagaan dan rawatan

Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air,
antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
- Banyak berehat
- Bekerja hanya pada waktu malam
- Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
- Bernafas melalui hidung
- Jangan merokok
- Jangan berbaring di atas tanah yang panas
- Makan dalam kuantiti yang minimum
- Elakkan makanan berlemak/alkohol

Alam Sekitar
(A) BERIKAN TAKRIF KONSERVASI-
"PENGUNAAN YANG BUAK TERHADAP SUMBER ALAM SEKITAR"

(B) APAKAH GUNANYA AMALAN KONSERVASI SEWAKTU PERKHEMAHAN?
SUPAYA SUMBER ALAM SEMULA JADI/ SEKITAR DAPAT DIGUNAKAN DENGAN BAIK TANPA MENGHADAPI KEPUPUSAN/KEBAHAYAAN DI SAMPING KESEJAHTERAAN/KEPERLUAN MANUSIA MASIH DIKEKALKAN.

(C) BERIKAN SATU CARA MENGAMALKAN LANGKAH KONSERVASI SEWAKTU PERKHEMAHAN
• MENJAGA KEBERSIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
• JANGAN MEROSAKKAN SUMBER ALAM SEMULA JADI SECARA SENGAJA
• AMBIL DAN GUNAKAN SUMBER SEMULA JADI YANG PERLU SAHAJA, ELAKKAN PERMBAZIRAN
• MENGAWAL SAIZ UNGGUN API
• MEMBURU / MEMAKAN BINATANG DALAM KUANTITI YANG PALING MINIMUM / DIPERLUKAN SAHAJA
• MEMBUNUH BINATANG LIAR HANYA APABILA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI

KomunikasiISYARAT WISEL

Petunjuk :
. bermaksud isyarat cepat
_ bermaksud buat isyarat dengan perlahan dan panjang

Beberapa kes isyarat wisel:
_______ diam, sedia, ada isyarat hendak disampaikan.

. . . . . . semua ahli berkumpul

_ _ _ _ _ semua bersurai, atau bergerak jauh lagi

. _ . _ . _ terdapat kebahayaan, semua ahli berhati-hati


ISYARAT SUAR, ASAP (FLARES)Asap yang dibebaskan biasanya mempunyai makna. Maknanya disampaikan mengikut warna. Biasanya,

Merah : meminta pertolongan
Putih : roger, iaitu maklumat diterima dan difahami
Hijau : pulang ke tapak perkhemahan
Kuning : lokasi tapak perkhemahan

ISYARAT ANTARABANGSAIsyarat ini biasanya adalah isyarat yang diberikan ke udara dari darat. Akan tetapi, pengunaannya juga boleh dipraktikkan dalam darat ke darat jika sedikit kreativiti ditambahkan.
Perlukan doktor, cedera parah
Perlukan bekalan perubatan
Tidak dapat teruskan
F Perlukan makanan dan air
[ ] (square) Perlukan kompas dan peta
--> (arrow) Sedang menuju ke arah ini
(triangle) Selamat mendarat
LL Semuanya baik
N Tidak
Ya
_ _ Tidak difahami
LLL Operasi selesai
LL ```` (double L with line below) Semua anggota dijumpai
--- Beberapa anggota sahaja dijumpai
/\
__/_ (one line with two arrows spliting out)

\
\/ Kami berpecah dua, menuju ke arah anak panah

NN Tidak jumpa apa-apa, akan terus cari


Simpulan dan Ikatan

Pertolongan Cemas
Tujuan
• menyelamatkan nyawa
• mengurangkan penderitaan
• mencegah kecederaan daripada menjadi lebih parah.

Rawatan ABC
A : Airway - mangsa dapat bernafas
B : Breathing - beri pemulihan pernafasan
C : Circulation - beri tekanan jantung (*CPR) jika denyutan jantung menjadi lemah.

*CPR : cardio pulmonary resuscitation

Digonisasi
• mendapat maklumat seperti tanda-tanda gejala yang berguna untuk menentukan kecederaan.
• memeriksa dari kepala hingga bahagian kaki hendaklah dilakukan dengan teliti untuk memastikan rawatan yang diberi adalah tepat

Kain Pembalut Segi Tiga
Kain pembalut segi tiga ialah kain pembalut yang sangat berguna untuk pertolongan cemas kerana ia senang dibuat atau diperbaiki. Biasanya kain pembalut ini dibuat daripada kain belacu putih tetapi sebarang kain pun boleh digunakan. Skarf pengakap boleh digunakan sebagai pembalut segi tiga. Pembalut ini digunakan bagi mengampu bahagian yang cedera, menahan darah keluar, membalut bahagian yang patah atau tercedera dan menolong mengangkat pesakit. Kain-kain pembalut yang telah digunakan, hendaklah dibasuh, digosok dan kemudian dilipat dan disimpan dalam kotak pertolongan cemas. Saiz pembalut segi tiga boleh diubah suai mengikut kesesuaian penggunanya.

Kegunaan Pembalut Segi Tiga
Pembalut Terbuka
1. Untuk anduh tangan dan anduh segi tiga.
2. Menetapkan pembalut pada kulit kepala, dada, perut, tangan, kaki, siku, lutut, bahu dan pinggang.
3. Mengipas orang yang tercedera.

Pembalut Lebar
1. Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
2. Mengikat anggota-anggota bawah jika ada yang patah.
Pembalut Kecil
1. Menetapkan anggota-anggota yang patah supaya tidak berganjak.
2. Menetapkan kain tutup supaya tidak berganjak.
3. Menekan untuk menahan darah.

Mengikat PembalutanPembalutan hendaklah diikat dengan simpul buku sila. Simpul buka sila tidak terlucut, rata dan kemas dan ia juga senang dibuka. Apabila mengikat hendaklah kiri di atas kanan, kanan di atas kiri. Semua pembalut hendaklah kemas dan hujungnya diselit ke dalam.

MERAWAT KECEDERAAN RINGAN / TINDAKAN KECEMASAN

Pitam dan PengsanPitam dan pengsan (hilang kesedaran) adalah disebabkan :
1. Udara tidak dapat berkisar dengan betul.
2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang.
3. Mendapat berita yang mengejutkan.
4. Darah keluar terlalu banyak.
5. Melihat kejadian ngeri.
6. Mencium bau yang busuk.
7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala.
8. Kekurangan darah dalam otak.
9. Berpanas terlalu lama.
10. Otak tercedera.

Gejala-gejala1. Muka menjadi pucat.
2. Berasa pening dan sakit.
3. Denyutan nadi menjadi lemah.
4. Bernafas dengan deras.

Rawatan1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
2. Beri udara bersih dengan mengipasnya.

PANDUAN UNTUK AHLI PENGAKAP

Sebagai pertubuhan yang menyediakan aktiviti rekreasi luar, adalah menjadi tanggujawab menawarkan aktiviti yang selamat untuk dinikmati seberapa banyak yang boleh. Tidak kiralah samada program berbayar, percuma atau sebagainya. Mereka yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman mengenai rekreasi luar adalah menjadi etika kewajipan untuk dikongsi pengetahuan dengan orang lain bagi menambah kebolehan mereka untuk menikmati alam semulajadi dengan selamat.
Di blog ini disediakan sedikit pengetahuan untuk pemimpin, penolong pemimpin dan ahli ahli pengakap untuk menjalankan aktiviti luar:

  1. Berkhemah
  2. Climbing
  3. Ekspolarasi gua
  4. Ikhtiar Hidup
  5. Berkayak
  6. RAE (Radio Amatur)
  7. Mengail
  8. Hipotermia
  9. Mendaki Gunung
  10. Navigasi
  11. Orientering
  12. Pack
  13. Pengurusan Keselamatan Rekreasi Luar
  14. Pertolongan Cemas
  15. Rafting
  16. Mencari dan Menyelamat
  17. Tali / Temali - Simpulan dan Ikatan
  18. Alatan-alatan Kegiatan Luar
  19. Sijil / Anugerah / Bintang / Pingat
  20. Lencana / Logo
  21. Sesat di Hutan
  22. Panduan Masakan
  23. Kenali Tumbuhan (Herba dan Saka)

PETA

PETA