HORMAT PENGAKAP



Hormat Pengakap dilakukan apabila:
1. Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

4. Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.







Cara Hormat Pengakap

Cara Hormat PengakapHormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.









Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap.
Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap.
Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap,
Kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.







Scouting for Boys


Scouting for Boys: A Handbook for Instruction in Good Citizenship is the first book on the Scout Movement, published in 1908. It was written and illustrated by Robert Baden-Powell, its founder. It is based on his boyhood experiences, his experience with the Mafeking Cadet Corps during the Second Boer War at the Siege of Mafeking, and on his experimental camp on Brownsea Island, England. It is the fourth bestselling book of the 20th century.


















......................................................................................


History
Scouting for Boys (1908) is Baden-Powell's rewrite of his earlier military books Reconnaissance and Scouting (1884) and Aids to Scouting for NCOs and Men (1899). These books were military manuals used by the British Army to train scouts. At Mafeking, Baden-Powell recruited and trained boys aged 12-15 as postmen, messengers, and later to carry the wounded, to free men for fighting. Upon return to England, following the Boer War, Baden-Powell learned some British schools had been using his books to teach observation and deduction. He decided to revise his military publications into a book for boys. Several friends supported Baden-Powell, including Sir William Alexander Smith, founder of the Boys' Brigade, and Cyril Arthur Pearson, who owned newspapers and printing presses.[1] In 1906 and 1907 Baden-Powell spent a lot of time writing Scouting for Boys and advancing his ideas about the Boy Scouts Scheme. These were tested in a camp on Brownsea Island in the summer of 1907, where Pearson's literary editor Percy Everett assisted.
Scouting for Boys was published in six fortnightly instalments of approximately 70 pages each, from January to March 1908. They were produced by Pearson's printer, Horace Cox. These six publications were a success, and as planned were issued in book form on 1 May 1908. Scouting for Boys has been translated into many languages. In 1948, the book was still selling 50 000 copies annually. Only in 1967 was a decline noted by the publisher, and in the last decades of the 20th century, even by the Scout movement, the book came to be seen as a period curiosity.[1] It is claimed to be the fourth bestselling book of the 20th century.[2][3] A realistic estimate is that approximately 4 million copies of the UK edition have been sold. Extrapolating this to 87 different language editions worldwide, historic world sales of Scouting for Boys can be estimated at 100 to 150 millions copies since 1908.[4][5]
[edit] Editions



Sejarah Pengakap Dunia


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol 'Aids To Scouting'. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys".Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BPNama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941


Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia


Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia



Lencana Keahlian


Bagi Pengakap Kanak-kanak yang menyambung keahliannya sebagai Pengakap Muda di sekolah menengah, tidak perlu menduduki ujian bagi mendapatkan Lencana Keahlian bagi unit Pengakap Muda. Seorang remaja yang berumur lebih dari 12 tahun dan ingin memasuki pergerakan pengakap, mereka akan diuji dalam beberapa perkara yang telah ditetapkan. Satu istiadat perlantikan akan dilakukan di peringkat kumpulan bagi ahli yang telah lulus Lencana Keahlian.


Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Peraturan pakaian seragam Pengakap
2. Prinsip Rukun Negara
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
7. Simpulan & ikatan : -
- Buku Sila
- Bunga Geti
- Simpul Manuk
Tindih Kasih- Lilit Dua Simpul 
- Lilit Pemati Biasa





1. LENCANA KEAHLIAN

4. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

I. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

II. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.

III. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

IV. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

V. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

VI. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

VII. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.

VIII. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

IX. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

X. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

5. PERSETIAAN PENGAKAP 
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;

Menolong orang pada setiap masa;

Menurut Undang-undang Pengakap 


TATA CARA BERPAKAIAN



































PENGAKAP MUDA

















PENGAKAP REMAJA 



PETA

PETA